Saturday, May 2, 2009

Biodata Abdul Halim

Saya dilahirkan di Kg. Air Tawar, Besut, Terengganu. Mempunyai seorang kakak dan 3 0rang adik tiri. Saya mendapat pendidikan awal Sekolah Tadika Pengkalan Nyireh pada 1986, seterusnya memasuki Tahun 1 di SK Pengkalan Nyireh sehingga Tahun 3. Kemudian saya berpindah ke SK Gaal, Pasir Puteh, Kelantan sehingga Tahun 6 pada tahun 1992.
Saya menyambung ke SMK Kamil dari Tingkatan 1-5, selepas itu menyambung ke Tingkatan 6 di SMKA Maarif, di Kg Raja, Besut selama 2 bulan..lalu saya mengambil keputusan untuk meneruskan ke Tingkatan 6 di SMK Tok Janggut, Pasir Puteh.
Selepas itu saya mendapat tawaran mengikuti Diploma Pembantu Farmasi di Kolej Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh selama 3 tahun. Pada tahun ke-2 saya semeter akhir, saya dihantar untuk menjalani Latihan Praktikal di Pahang. Praktikal ini diwajibkan selama setahun. 6 bulan pertama saya ditugaskan di Poliklinik Kesihatan Maran, 6 bulan seterusnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.Saya konvo pada 2006 dan berjaya mendapat anugerah pelajar cemerlang bagi kumpulan 42.

Saya mula berkhidmat di KK Bagan Terap, Sg. Besar Selangor.Di bawah Pejabat Kesihatan Sabak Bernam, Selangor pada 17 Mac 2005. Saya di sini selama 2 tahun 6 bulan sahaja.

Saya menamatkan zaman bujang pada 19 Ogos 2007 bersama Norbaya Razak. Isteri saya orang Pahang tetapi dia merupakan seorang guru yang berkhidmat di Sabah. Selepas 2 bulan usia perkahwinan saya bertukar mengikut isteri ke Negeri Sabah. Kini saya sedang bertugas di Hospital Kota Marudu, Sabah.



Kini saya sudah dikurniakan seorang puteri yang bernama Aisyah Humaira pada 18 Ogos 2008, kelahiran dia merupakan satu hadiah ulangtahun perkahwinan yang paling berharga.terima kasih isteriku. Gambar di bawah ni Humaira masa 8 bulan 2 minggu.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home