Monday, May 4, 2009

Persidangan Pembantu Farmasi Bil.1/2009

Persidangan ini bertempat di Hotel Sandakan, Sandakan, Sabah. Diadakan pada 12 April 2009-15 April 2009. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Tema Persidangan

" Peningkatan Pengetahuan dan Peribadi Murni Menjana Budaya Kerja Cemerlang."

Objektif Persidangan
Memperkukuhkan pengetahuan farmaseutikal care

Mengamalkan nilaai-nilai murni dalam perkhidmatan.

Memperkukuhkan hubungan silaturrahim dikalangan warga Farmasi

Saya pergi menaiki kapal terbang MAS, dari Lapangan Terbang Terminal 1, Kota Kinabalu pada jam 12.30. Saya tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 1.30 petang. Setibanya di hotel saya check in hotel dan mendaftar. Pada Jam 3.00 petang ada taklimat persidangan yang disampaikan oleh En. Roland Chin. Selepas itu, kami dibahagikan beberapa kumpulan mengikut daerah masing-masing. Selepas makan malam, dilaksanakan aktiviti Team Building iaitu aktiviti mencipta logo kumpulan dan menerangkannya dalam masa 10 minit.

Keesokan harinya, iaitu pada 13 april 2009.. antara ceramah yang disampaikankan ialah:-
  1. Komunikasi Berkesan oleh En. Fazrin Bahrun.
  2. Perasmian/ Pembukaan oleh Pn. Juhainun Taha (Penolong Kanan, Amalan dan perkembangan Farmasi, BPF, JKNS).
  3. Halatuju Perkhidmatan Farmasi oleh En. Mohd Hatta Ahmad (Timbalan Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi,BPF,KKM).
  4. Kenali Ubat Anda oleh Cik Sarawati Madius (Pegawai farmasi U44,Hospital Kota Belud).
  5. Pelupusan oleh Puan Juhainun Taha.
  6. MTAC Warfarin oleh En. Lau Jee Hong (Pegawai farmasi U44, HDOK Sandakan).
Pada 14 April pula, ceramah yang disampaikan seperti berikut:-

  1. Intoduction to MTAC Diabetes Mellitus oleh Cik Soong Tse Yeen (Pegawai Farmasi U41, HDOK, Sandakan).
  2. Effective Supervisor oleh En. Saiful Ezane Mazlan (Bahagian Pengurusan JKNS).
  3. Tonggak 12 oleh En. Saiful Ezane Mazlan.
  4. Introduction to Antibiotic Guidelines 2008 oleh Puan Jacqueline Lai Mui Lan (Pegawai Farmasi U44, Hospital Tawau).
  5. Budaya Korporat oleh Tuan Haji Mohamad Mintek. INTAN, Sabah
  6. Penerapan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan farmasi oleh Tuan Haji Mohamad Mintek.
  7. Budi Bahasa Budaya Kita oleh En. Untong Amit, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah.
Pada sebelah malam pula, diadakan Malam Jasamu Dikenang dan persembahan kumpulan

Pada 15 April 2009, Taklimat Perkembangan Terkini Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKNS oleh En. Joseph Loi Lik King (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri,Farmasi,BPF, JKNS).

Sesi bergambar

Perbincangan dan Penyampaian rumusan serta Majlis Penutupan oleh En. Joseph.
Selepas makan tengahari..check out dan sebelum pulang sempat lagi meronda-ronda di bandar Sandakan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home