Sunday, May 31, 2009

Adab Sopan ketika Makan

Sifat yang ada pada anak-anak ialah gelojoh ketika makan. Ia harus di didik dengan cara-cara dan adab sopan ketika makan:-

  • Jangan mengambil makanan melainkan dengan tangan kanan sahaja.
  • Membaca Bismillah sebelum menyuap makanan.
  • Mengambil makanan yang tedapat hampir di hadapan dahulu.
  • Jangan tergesa-gesa mengambil makanan sebelum orang lain mengambilnya.
  • Jangan meliarkan pandangan ke makanan ataupun meneliti muka orang yang sedang makan.
  • Jangan terlalu cepat apabila makan.
  • Mengunyah makanan baik-baik sebelum ditelan.
  • Jangan terlalu cepat menyuap makanan.
  • Jangan sampai mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan itu.
  • Membiasakan makan makanan yang sederhana dan tidak membazir.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home