Sunday, June 21, 2009

hUmAIrA dEmAm

Kesian betul bila tengok Humaira demam dan kali ni demam sebab nak tumbuh lagi gigi, bengkak gusi dia. Jadi dia minum dan makan pun susah. Jadi malam tadi memang saya dan isteri xdapat tidur. Kalau tidur pun jap je kami gilir2, tu pun masa Humaira tidur. Mujur hari cuti, kalu x tentu isteri saya dah kene ambil cuti. Humaira ni masa sihat memang aktif dan xdok diam,jap meniarap sana sini, jap panjat atas sy dan macam2 aktiviti dia, tp bila demam memang masam je, nangis dan lemah je. Ajak main pun xmau, memang nak bermanja sepenuhnya..masa nak beri ubat memang siksa macam dia tau2 je. Jadi awal2 lagi dia tutup mulut rapat2, kalau dapat pun mesti dia muntahkan semula. Ya Allah, berikanlah kesihatan dan sembuhkanlah sakit anakku..Amin Ya Rabbal Alamin.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home