Sunday, June 21, 2009

hUmAIrA dEmAm

Kesian betul bila tengok Humaira demam dan kali ni demam sebab nak tumbuh lagi gigi, bengkak gusi dia. Jadi dia minum dan makan pun susah. Jadi malam tadi memang saya dan isteri xdapat tidur. Kalau tidur pun jap je kami gilir2, tu pun masa Humaira tidur. Mujur hari cuti, kalu x tentu isteri saya dah kene ambil cuti. Humaira ni masa sihat memang aktif dan xdok diam,jap meniarap sana sini, jap panjat atas sy dan macam2 aktiviti dia, tp bila demam memang masam je, nangis dan lemah je. Ajak main pun xmau, memang nak bermanja sepenuhnya..masa nak beri ubat memang siksa macam dia tau2 je. Jadi awal2 lagi dia tutup mulut rapat2, kalau dapat pun mesti dia muntahkan semula. Ya Allah, berikanlah kesihatan dan sembuhkanlah sakit anakku..Amin Ya Rabbal Alamin.

Labels:

Thursday, June 18, 2009

ReZeKi aKaK LaGi

Petang tadi masa kat pasar malam, saya terima mesej akak minta tolong semak keputusan tawaran kemasukan ke DPLI. Syukur alhamdulillah xsangka akak dapat melanjutkan pengajian ke Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), dapat di UUM dan mula mendaftar pada 1 Julai 2009 ni.....akhirnya, impian akak tercapai juga.

Labels:

Tuesday, June 9, 2009

Tahniah Buat K. Na

Selepas tamat belajar di UNIMAS, akak aku ( Cik Farahana Abd. Rahim ) lama gak menganggur dan buat keje sementara..pernah mengajar di sekolah rendah swasta di USJ dan di Semenyih, mengajar mengaji dan macam2 lagi..yang kesian dah banyak kali mohon KPLi & j-QAF xpernah dapat..tp baru2 ni dia telefon aku bagitau dia mendapat tawaran secara kontrak kerja sebagai Guru Pentaksir di SK Bintang, Setiu..aku amat gembira dan bersyukur dengan berita tue, memang berita yg menggembirakan kami sekeluarga..dah rezeki dia la kot. Dia kontrak sampai hujung tahun nie, harapnya lepas ni dapatla sambung terus ke jawatan tetap.
Sekarang dia ada di Kuantan untuk menjalani kursus & taklimat mengenai bidang tugas dia. Dia akan mula bertugas di sekolah pada hari pertama selepas cuti sekolah ni.

Labels:

Thursday, June 4, 2009

Selamat Pengantin Baru

Mohd Fairus (Yusz) & Noriliana (Yana)

5 Jun 2009

Hari ini Kawan baik aku nikah, aku kenal dia masa sekolah rendah lagi tp terpisah dan jumpe semula masa tingkatan 6 di SMK Tok Janggut. Pastu, kami sama2 menyambung ke Diploma Pembantu Farmasi di Kolej Kesihatan Sains Bersekutu. Sekarang dia menjadi Penolong Pegawai Farmasi di Kemaman..Sedih gak tak dpt datang ke majlis mu, dahle kad kawin yang mu pos ke sini xsampai2..apa2 pun aku doakan mu sentisa bahagia dan bersedia dengan amanah baru lepas berumahtangga nie...lagi satu aku doakan supaya mu cepat2 dimurahkan rezeki boleh cahaya mata.

Labels:

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir yang ke-29 buat isteriku yang juga menjadi sahabatku. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Labels: