Sunday, May 31, 2009

Adab Sopan ketika Makan

Sifat yang ada pada anak-anak ialah gelojoh ketika makan. Ia harus di didik dengan cara-cara dan adab sopan ketika makan:-

  • Jangan mengambil makanan melainkan dengan tangan kanan sahaja.
  • Membaca Bismillah sebelum menyuap makanan.
  • Mengambil makanan yang tedapat hampir di hadapan dahulu.
  • Jangan tergesa-gesa mengambil makanan sebelum orang lain mengambilnya.
  • Jangan meliarkan pandangan ke makanan ataupun meneliti muka orang yang sedang makan.
  • Jangan terlalu cepat apabila makan.
  • Mengunyah makanan baik-baik sebelum ditelan.
  • Jangan terlalu cepat menyuap makanan.
  • Jangan sampai mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan itu.
  • Membiasakan makan makanan yang sederhana dan tidak membazir.

Labels:

Saturday, May 30, 2009

KEKASIH LAMAKU

Y125ZR2007

Ini motor kesayanganku, hadiah pemberian Mak Su masa aku dapat result cemerlang dan merupakan hadiah yang cukup istimewa untuk aku menjalani praktikum di Kuantan. Dengan motor ni dah 3 kali kenangan pahit aku excident, pertama aku kemalangan di bulatan Pasir Putih ke Kota Bharu dan ke Machang..masa tue x teruk sangat keadaan aku, cuma awek aku ni patah handle dia..kemalangan kedua pulak berlaku di Jalan Tembila dan yang ketiga di Jalan Sabak Bernam..teruk gak sampai patah gigi depan aku ni.

sekarang dh dok Sabah motor ni ada di umah aku di Besut, nak pos sini mahal gak. jadi terpisahle buat masa nie, tp aku dah ada kekasih baru (isteriku) yang lebih bermakna dan penting dalam hidupku.

Labels:

Mengingati Allah S.W.T

Labels:

Friday, May 29, 2009

Handphone Oh Handphone

NOKIA 5610 Xpress Music

Nie hp terkini isteriku, mula2 dia guna hp Nokia 331o tp kena curi masa belajar di UPM. Pastu, tukar Nokia 3315 sebab rosak tukar hp Nokia 6101..skrg skrin dia dah xberwarna dan beteri selalu lemah asyik bergantung je dengan charger jadi tukar beli hp seperti di atas tue..Keistimewaan hp ni ada skrin kalis calar, Bluetooth, Audio berkualiti Hi-fi, Kamera auto fokus, Flight Mode dan Light Sensor.

BIODATA NOKIA 5610

  1. Band : GSM850/900/1800/1900&WCDMA 2100
  2. Saiz/ Berat : 98.5/48.5x17mm/111g
  3. Memori : 512MB
  4. Buku telefon : 2000
  5. Mesej : SMS/VMS/MMS/E-mail/IM
  6. Network : WAP 2.0/ GPRS/ EDGE
  7. Format Melodi : MP3/ AAC, AAC+, eAAC+, M4A, WMA
  8. Zoom/ Flash : 8xl
  9. Pixels Gambar : In(2048x1536) Ex(640x480)
  10. Format Gambar : JPEG, GIF/MPEG, H.263

Mula2 kuar hp nie harga dia RM1099, tapi masa isteri saya beli dah turun dapat RM700 lebih je.

Labels:

Tuesday, May 26, 2009

Resipi Istimewa

Inilah menu istimewa Nasi Minyak Ala Ibu Humaira.
kelmarin masa pulang kerja, wangi betul bau masakan. ingatkan Kak Tie(jiran sebalah), rupa2nya bila masuk umah bau nasi minyak yang isteri saya sediakan. Dahla perut tengah lapar ni..lepas solat asar dan jaga humaira sementara isteri siap masak...lepas tue kami makan dengan berselera n bertambah, memang dah bertambah berat n berisi saya sekarang..betullah org kata isteri pandai jagakan.
Ayam masak merah.

Pajeri nanas.

Daging goreng + Kacang.

Acar Timun.

Labels:

Bilalah nak dapat ni.

Mitsubishi Lancer Evolution
Bila cerita tentang kereta memang impianku nak kereta seperti ini, tp memandang kepada kemampuan jadi biarlah ia menjadi anganku..moga2 diizinkan ada gak rezekiku untuk memiliki kereta ni...kot2 dapat durian runtuhlah.
Dari pandangan depan

Mazda CX9


Honda Civic Typer R 2.0


Labels:

Friday, May 22, 2009

Koleksi Majalah Mahir

Majalah ni isteri saya langgan dah 3 keluaran, skrg dah masuk siri yang 25-37 dia langgan. Memang majalah ni bagus jugak untuk menarik minat belajar bahasa arab. Banyak maklumat yang bagus terutama dari segi nahu, perbualan dan penggunaan ayat yang betul dalam bahasa Arab.

Selain tue, Majalah Mahir Bahasa Arab ni dalamnya banyak cerita tentan hadis, hobis, tempat2 seperti Universiti, Masjid dan Muzium. Biasa kuar mesti ada tema tertentu dengan peristiwa yang penting dalam bulan tu..misalnya:- Hari Ibu, Hari Guru, Hari Raya AidilFitri, Hari Raya AidilAdha, Tahun Baru dan sebagainya.

Majalah ni keluaran Aras Mega Sdn. Bhd, senang je nak beli dan langgan. Borang ada dalam majalah, xpun print je dari lawan web Aras Mega. Langgan untuk 12 buah buku hanya RM48.00 je..memang berbaloi la beli xrasa membazir..banyak manfaat dan informasi berguna boleh kita tahu dari majalah nie. Selain Majalah Mahir ada gak majalah2 lain iaitu Majalah AULAD, CELIK dan buku cerita semut dalam bahasa Arab..

Labels:

KEK CINTA KITA

Kek merupakan lambang simbolik, selain bunga atau hadiah, bila nak sambut ulangtahun perkahwinan, hari lahir, majlis pertunangan atau ape2 je hari penting dalam hidup kita..memang sedap kalau ada kek...tapi makan banyak cepat muak gak.

Kek Perkahwinan Halim & Baya

Kek memang sedap rasanya, tapi risikonya banyak gak. lebih2 lagi kandungan kalori yang tinggi..jadi makan kena kawallah sikit..yang sedap betul kek coklat kat atas tue, kawan isteri saya yang buatkan masa masjlis pertunangan kami. .

Labels:

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Ucapan ini terutama buat isteriku (Norbaya Razak) guru di SK Pekan Kota Marudu. Buat kakak (Cik Farhana Abd. Rahim), kakak ipar (Hartini Razak) yang kini mengajar di SMK Rawang, Selangor. Kakak ipar (Hayati Razak) kini mengajar di SMK Asahan Jaya di Sarawak dan suaminya (Ustaz Mohamad Abdul Rahman) mengajar di Sarawak juga. Buat guru-guru yang pernah mendidikku selama ini..guru yang masih kekal dalam ingatan...cikgu Zulkifli, cikgu Hanafi, cikgu Mohd Adam, cikgu Mohd Amin, Cikgu Abdul aziz, cikgu Ismail, cikgu Sarah Aswani Sabri, Miss Au Geck Fong dam Ustazah Maziah yang mendidikku di SRK Gaal dari tahun 1990-1992..
Ucapan ini juga kutujukan buat ustaz Haji Ahmad Latif, ustaz Hj. Yusuf, ustaz Zulkifli, ustazah Anita Khana, cikgu Zakaria, CIkgu Zawawi yang mengajar di SMK Kamil dari tahun 1993-1997.
Buat pengajar di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, KPM dai tahun 2001-2004 iaitu Cik Roshayati, Cik Nik Juzaimah, Puan Sathy,Cik Shamsiah, Puan Pusparani, Miss Chin, En. Ariffin, En. Mohd Sani, En. Mohd Raya, Pn. Zuraina kerana sudah banyak menabur ilmu, budi dan jasa kalian hanya Allah yang bisa membalasnya.

Labels:

Tuesday, May 12, 2009

Gambar Humaira Duduk

Humaira asyik tengok tv

Dok atas kereta sebelum kuar g kedai

Labels:

Wednesday, May 6, 2009

INFO SIHAT

Aktiviti Kecergasan
  • Tingkatkan metabolisme
  • Peluh keluarkan toksin
  • Senamrobik berterusan-kunci kesihatan badan daripada toksin persekitaran
  • Minum 8-9 gelas air, ambil antipengoksida 9ulam-ulam, sayur, buah), vitamin serta mineral(sayur dan buah).

Kepentingan Aktiviti Kecergasan

  • Kurang risiko penyakit
  • Kuatkan otot, tulang dan sendi
  • Kawal berat badan

Bagaimana memilih senaman?

  • Elak aktiviti menyakitkan dan membosankan
  • Lakukan aktiviti ikut kesukaan diri sendiri
  • Mesti gembira dan enjoy dengan aktiviti yang dilakukan

Cara untuk Mengekalkan Kesihatan

  • Dapatkan cahaya matahari
  • Ubah gaya hidup (berjalan, naik tangga dan sebagainya)
  • Praktik aktiviti fizikal setiap hari
  • Kurangkan lemak, lebihkan fiber (sayur,ulam, buah) serta minum air secukupnya.

Kenapa air penting?

  • 70% badan ialah air
  • Otak -75%, darah-82%, paru-paru-90%, hati-96%
  • Penawar penyakit
  • Minum 8 gelas air setiap hari kurangkan risiko kanser kolon(45%), pundi kencing (50%)
  • Kurang risiko kanser payu dara

Sumber: Dr. Wan Rosli Wan Ishak

(Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, Kelantan

Labels:

Tuesday, May 5, 2009

Wajah-wajah Aisyah Humaira


Wajah Seiras humaira & ayah

Laju betul gerak dengan walker, bila nak merangkak ni adik...em, usaha la kuat sikit.

asyik meleleh air liur je,ape la yang ibu tak dapat makan masa mengandungkan adik ni.

Adiklah penyeri hidup ibu & ayah.

Labels:

PERSONAKU

Persona Blueberry Tea

SAA 9185R

Kereta ni saya terima pada 20 November 2007, masa baru2 gak la keluar kereta ni dlm pasaran..kereta ni auto..risau gak masa 1st time nak pandu balik ke Kota Marudu dari Kota Kinabalu..tapi saya kuatkan semangat dan bawak juga perlahan2.walaupun pada mulanya keliru gak kedudukan signal dan lampu. Akhirnya sampai gak ke umah dengan selamat, tapi baru je nak masuk parking saya dah terlanggar dinding umah, teruk gak la pecah sikit lampu...tp x baiki pun sampai sekarang..kini ia dah berusia 1 tahun 6 bulan dah..isteri saya ada lesen,tapi dah lama dapat lesen baru beli kereta, jd lama x memandu jd dia takut dah nak bawa kereta. Jadi sayalah kena amik hantar dia pergi sekolah.

Labels:

Monday, May 4, 2009

Persidangan Pembantu Farmasi Bil.1/2009

Persidangan ini bertempat di Hotel Sandakan, Sandakan, Sabah. Diadakan pada 12 April 2009-15 April 2009. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Tema Persidangan

" Peningkatan Pengetahuan dan Peribadi Murni Menjana Budaya Kerja Cemerlang."

Objektif Persidangan
Memperkukuhkan pengetahuan farmaseutikal care

Mengamalkan nilaai-nilai murni dalam perkhidmatan.

Memperkukuhkan hubungan silaturrahim dikalangan warga Farmasi

Saya pergi menaiki kapal terbang MAS, dari Lapangan Terbang Terminal 1, Kota Kinabalu pada jam 12.30. Saya tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 1.30 petang. Setibanya di hotel saya check in hotel dan mendaftar. Pada Jam 3.00 petang ada taklimat persidangan yang disampaikan oleh En. Roland Chin. Selepas itu, kami dibahagikan beberapa kumpulan mengikut daerah masing-masing. Selepas makan malam, dilaksanakan aktiviti Team Building iaitu aktiviti mencipta logo kumpulan dan menerangkannya dalam masa 10 minit.

Keesokan harinya, iaitu pada 13 april 2009.. antara ceramah yang disampaikankan ialah:-
  1. Komunikasi Berkesan oleh En. Fazrin Bahrun.
  2. Perasmian/ Pembukaan oleh Pn. Juhainun Taha (Penolong Kanan, Amalan dan perkembangan Farmasi, BPF, JKNS).
  3. Halatuju Perkhidmatan Farmasi oleh En. Mohd Hatta Ahmad (Timbalan Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi,BPF,KKM).
  4. Kenali Ubat Anda oleh Cik Sarawati Madius (Pegawai farmasi U44,Hospital Kota Belud).
  5. Pelupusan oleh Puan Juhainun Taha.
  6. MTAC Warfarin oleh En. Lau Jee Hong (Pegawai farmasi U44, HDOK Sandakan).
Pada 14 April pula, ceramah yang disampaikan seperti berikut:-

  1. Intoduction to MTAC Diabetes Mellitus oleh Cik Soong Tse Yeen (Pegawai Farmasi U41, HDOK, Sandakan).
  2. Effective Supervisor oleh En. Saiful Ezane Mazlan (Bahagian Pengurusan JKNS).
  3. Tonggak 12 oleh En. Saiful Ezane Mazlan.
  4. Introduction to Antibiotic Guidelines 2008 oleh Puan Jacqueline Lai Mui Lan (Pegawai Farmasi U44, Hospital Tawau).
  5. Budaya Korporat oleh Tuan Haji Mohamad Mintek. INTAN, Sabah
  6. Penerapan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan farmasi oleh Tuan Haji Mohamad Mintek.
  7. Budi Bahasa Budaya Kita oleh En. Untong Amit, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah.
Pada sebelah malam pula, diadakan Malam Jasamu Dikenang dan persembahan kumpulan

Pada 15 April 2009, Taklimat Perkembangan Terkini Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKNS oleh En. Joseph Loi Lik King (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri,Farmasi,BPF, JKNS).

Sesi bergambar

Perbincangan dan Penyampaian rumusan serta Majlis Penutupan oleh En. Joseph.
Selepas makan tengahari..check out dan sebelum pulang sempat lagi meronda-ronda di bandar Sandakan.

Labels:

Sunday, May 3, 2009

Siksaan Meninggalkan Sembahyang


6 Siksaan Ketika Hidup Di Dunia
  1. ALLAH kurangkan keberkatan umurnya.
  2. Rezeki dipersempitkan oleh ALLAH.
  3. Tidak ada tempat baginya disisi agama Islam.
  4. Doanya ditolak.
  5. Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
  6. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

3 Siksaan Ketika Sakaratul Maut

  1. Akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.
  2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum sebanyak tujuh lautan.

3 Siksaan Ketika Di Dalam Kubur

  1. ALLAH akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
  2. Kuburnya digelapkan.
  3. ALLAH akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Kiamat.

3 Siksaan Ketika Di Padang Mashyar

  1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang mashyar oleh malaikat.
  2. ALLAH tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
  3. ALLAH tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Labels:

Saturday, May 2, 2009

Selamat Hari Ibu

Buat isteriku yang sudah menjadi ibu dah 8 bulan nie, semoga dapat menjadi ibu mithali buat anak kita, semoga ikatan kekeluargaan kita akan sentiasa harmoni dan bahagian di dunia dan akhirat...sayang sokmo

Buat ibuku Tuan Nab binti Tuan Sidek
& ibu mertuaku Kelthum binti Yusof
yang tengah tu isteriku semasa majlis pertunangan kami

Ibu oh ibu kau srikandi

Jasa mu tetap disanubari

Pengorbanan mu disanjung tinggi

Mengajar dan mendidikku sepenuh hati

Kaulah insan yang melahirkanku

Membuatku kenali alam baru

Kaulah jua penawar duka ku

Syurga di bawah telapak kakimu

Labels:

Biodata Abdul Halim

Saya dilahirkan di Kg. Air Tawar, Besut, Terengganu. Mempunyai seorang kakak dan 3 0rang adik tiri. Saya mendapat pendidikan awal Sekolah Tadika Pengkalan Nyireh pada 1986, seterusnya memasuki Tahun 1 di SK Pengkalan Nyireh sehingga Tahun 3. Kemudian saya berpindah ke SK Gaal, Pasir Puteh, Kelantan sehingga Tahun 6 pada tahun 1992.
Saya menyambung ke SMK Kamil dari Tingkatan 1-5, selepas itu menyambung ke Tingkatan 6 di SMKA Maarif, di Kg Raja, Besut selama 2 bulan..lalu saya mengambil keputusan untuk meneruskan ke Tingkatan 6 di SMK Tok Janggut, Pasir Puteh.
Selepas itu saya mendapat tawaran mengikuti Diploma Pembantu Farmasi di Kolej Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh selama 3 tahun. Pada tahun ke-2 saya semeter akhir, saya dihantar untuk menjalani Latihan Praktikal di Pahang. Praktikal ini diwajibkan selama setahun. 6 bulan pertama saya ditugaskan di Poliklinik Kesihatan Maran, 6 bulan seterusnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.Saya konvo pada 2006 dan berjaya mendapat anugerah pelajar cemerlang bagi kumpulan 42.

Saya mula berkhidmat di KK Bagan Terap, Sg. Besar Selangor.Di bawah Pejabat Kesihatan Sabak Bernam, Selangor pada 17 Mac 2005. Saya di sini selama 2 tahun 6 bulan sahaja.

Saya menamatkan zaman bujang pada 19 Ogos 2007 bersama Norbaya Razak. Isteri saya orang Pahang tetapi dia merupakan seorang guru yang berkhidmat di Sabah. Selepas 2 bulan usia perkahwinan saya bertukar mengikut isteri ke Negeri Sabah. Kini saya sedang bertugas di Hospital Kota Marudu, Sabah.



Kini saya sudah dikurniakan seorang puteri yang bernama Aisyah Humaira pada 18 Ogos 2008, kelahiran dia merupakan satu hadiah ulangtahun perkahwinan yang paling berharga.terima kasih isteriku. Gambar di bawah ni Humaira masa 8 bulan 2 minggu.

Labels:

Tahniah Buat Baharim

Alhamdulillah, syukur dengan kelahiran puteri ( NUR DANIA IRDINA ) pada 30 April 2009.Semoga baby dan isteri sihat selalu.

Labels:

Ciri-ciri Isteri Solehah

  1. Redha dengan suami yang telah dijodohkan dengannya oleh Tuhan.
  2. Isteri yang setia kepada suami samada senang atau susah.
  3. Selalu mendahului suami dalam apa hal dan keadaan.
  4. Selalu memohon maaf kepada suami
  5. Menghiburkan hati suami terutama apabila ia di dalam kesusahan dan kerisauan.
  6. Taat kepada suami selagi ia tidak bercanggah dengan syariat.
  7. Menghormati ibubapa serta kaum keluarga suami.
  8. Berwangi-wangian ketika suami dalam rumah.
  9. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
  10. Menyambut kepulangan suami dengan senyuman, disambut dan dicium tangannya.
  11. Sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan menyukakan hati suami apabila dipandang.
  12. Tidak boeh berpuasa sunat ketika suami berada dirumah tanpa izinnya.

Renungan Buat Muslimah:-

  • Rasulullah SAW bersabda:

" Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga".

  • Rasulullah SAW bersabda:

" Apabila wanita mulai sakit hendak bersalin maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan ALLAH(perang sabil)."

  • Rasulullah SAW bersabda:

" Salah satu keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas kahwin)."

  • Rasulullah SAW bersabda:

" Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga."

Labels: